Semangat Kekeluargaan Semarak Permuafakatan
PUTRAJAYA – Jalinan hubungan yang rapat dan baik dalam masyarakat amat penting kerana ia dapat memastikan kesinambungan dalam negara terus terjamin dan kesejahteraan akan berkekalan. Ia tentunya dapat diperteguh dengan terbinanya ikatan kukuh bermula dalam sebuah keluarga.
Justeru, JKKBD dengan kerjasama UMNO Cawangan Bunga Tulip telah menganjurkan Hari Keluarga Blok D pada 4 Mac 2012 (Ahad).
Program tersebut berlangsung dengan meriah disertai oleh para penduduk kawasan terbabit yang menjayakan pelbagai acara bersama-sama ahli keluarga masing-masing.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairuddin Samad mewakili anggota Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.