Rencana

Berdiskusi Pastikan Agenda Perjuangan Dilaksana

PUTRAJAYA – Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dan juga ketua-ketua Cawangan UMNO Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan gerak kerja dan memastikan pelaksanaan agenda dan program yang telah dirancang dijalankan dengan lancar.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad bertempat di Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian tersebut telah berlangsung dalam suasana harmoni pada 5 Mac lalu .

Antaranya, beliau berpesan kepada anggota jawatankuasa Bahagian dan ketua-ketua Cawangan agar melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan ikhlas khususnya dalam menyemai asas dan tujuan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.