Berita

Puteri UMNO Fokus Dekati Pengundi Muda

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berpesan agar anggota Puteri yang mewakili golongan wanita muda menumpukan fokus untuk mendekati golongan terbabit dengan melibatkan mereka dalam aktiviti dan program-program yang dianjurkan.

“Kita mahu golongan muda mengenali UMNO bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi mengenali jasa dan perjuangan UMNO dalam membawa kemerdekaan dan kemajuan kepada negara kita,” katanya.

Sebelum itu, Datuk Seri Utama Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya melancarkan Mini Karnival Puteri UMNO di Presint 9 di sini, Ahad (11 Mac).

Hadir sama, Ketua Puteri Bahagian Putrajaya, Husna Abdul Rahman dan anggota jawatankuasanya bersama ahli-ahli Puteri .