Aktiviti & KomunitiRencana

Meriahkan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya 2012

PUTRAJAYA – Hari Keluarga Parlimen Putrajaya akan berlangsung pada 17 Mac 2012 (Sabtu) yang bermula pukul 7.00 pagi sehinggalah 5.00 petang di Stadium Pancarona, Presint 18 dengan pelbagai acara padat dijadualkan yang akan disertai oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan keluarga.

Semua penduduk sekitar Putrajaya dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Hari Keluarga tersebut selain berpeluang memenangi 500 hadiah menarik cabutan bertuah berupa ipad2, LCD TV, telefon bimbit, mesin basuh dan hadiah utama pekej umrah untuk dua orang.

Pelbagai aktiviti dan permainan menarik diadakan selain makanan dan minuman percuma turut disediakan.