Lebih 6,000 Warga Putrajaya Meriahkan Hari Keluarga 2012
PUTRAJAYA – Hari Keluarga Parlimen Putrajaya berlangsung meriah dengan pelbagai acara padat yang diisi melibatan para penduduk tempatan bersama-sama ahli keluarga masing-masing.
Majlis perasmiannya telah dilakukan oleh Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang menasihatkan para penduduk agar menggunakan masa terluang utk bersama-sama keluarga khususnya dalam melaksanakan aktiviti.
Majlis yang bertemakan ‘We Love Putrajaya’ bermula pada seawal pukul 7 pagi dengan pendaftaran para penduduk yang akan diberikan cenderamata kemeja-T yang bertulis tema hari keluarga tersebut.
Hari keluarga tersebut telah diadakan di Stadium Pancarona, Presint 18 dengan turut dihadiri oleh golongan orang kurang upaya (OKU) yang juga menerima sumbangan selain penyampaian anugerah kepada para pelajar cemerlang UPSR dan PMR sesi 2011.
Selain itu, 500 cabutan bertuah turut diadakan dengan pelbagai barangan berupa ipad2, LCD TV, telefon bimbit, mesin basuh dan paling menarik adalah hadiah utama iaitu pakej umrah untuk 2 orang.
Lebih 6,000 penduduk Putrajaya berkumpul dan bersama-sama dalam permuafakatan menjayakan program keluarga yang telah menjadi acara tahunan.
Turut sama ialah isteri beliau, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.