Rencana

Program Jejari Bestari Bersama Masyarakat

 

PUTRAJAYA – Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Putrajaya bergiat aktif dalam mendekati masyarakat dan bersama-sama merialisasikan kesepakatan perpaduan warga Putrajaya melalui Program Jejari Bestari.

Program tersebut telah diadakan dengan jayanya pada Ahad (1 April) bertempat di Blok 4F, Presint 9 dengan acara kacau wajik melibatkan semua anggota MPWK Parlimen Putrajaya dengan kerjasama MPWK Kuala Lumpur.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Puan Saadiah Bakar selaku pengerusi MPWK Putrajaya merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO tempatan.