Berita

Manfaatkan BR1M Untuk Keselesaan Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) agar menggunakan sumbangan yang diterima bagi membeli barang keperluan harian dan meringan beban dalam kehidupan.

Katanya, wang bernilai RM500 yang diberikan oleh kerajaan perlu dibelanjakan dengan bijak tanpa membeli barangan yang tidak bersifat keperluan.

“Janganlah wang tersebut dibelanjakan untuk menunjukkan kemewahan sedangkan realitinya ia tidak sedemikian iaitu mebeli barang elektronik atau menukar telefon bimbit walhal ada banyak lagi barang yang mesti dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian BR1M kepada 700 orang penerima yang diadakan di Sekolah Menemagah Presint 16.

Jelasnya lagi, penyaluran dana BR1M adalah agenda nasional bagi menghargai sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sama-samalah kita berdoa agar kerajaan BN ini akan terus diberi mandat dan kekal berkerajaan supaya kita semua akan terus mendapat pembelaan. Ini kerana telah terbukti hanya BN yang prihatin terhasap nasib rakyat tempatan,” katanya lagi.