Rencana

Sesi Dialog Selesaikan Permasalahan Rakyat

PUTRAJAYA – Sesi dialog dan pertemuan adalah pendekatan paling sesuai digunakan dalam menyelesaikan masalah dan kerumitan khususnya dalam aspek kehidupan harian masyarakat tempatan, lantaran itu sesi berkenaan telah diadakan bersama dengan para penduduk di Presint 9 pada 18 April lalu.

Sesi dialog ini dibuat antara pengusaha-pengusaha taska, para pengasuh bayi di rumah serta ketua-ketua Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Presint 9 dan ketua-ketua persatuan penduduk bersama dengan Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah, Encik Norazman Othman.

Antara tujuan utama sesi dialog tersebut diadakan adalah untuk mencari persefahaman dan penyelesaian berkaitan arahan pihak yang berwajib tidak memberi kebenaran untuk menjalankan aktivi aktiviti diatas tanpa kelulusan.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 turut dihadiri oleh Puan Husna Abdul Rahman, Pemangku Ketua Putri UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Presiden Pengusaha Pengusaha Taska Putrajaya.