Rencana

Sembang-Sembang Belia Imarahkan Surau di Putrajaya

PUTRAJAYA – Atas tujuan untuk memeriahkan surau dan menjadikannya sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan setempat, Program Sembang-sembang Belia telah diadakan di Surau Putra Al-Amin, Presint 8 pada 17 April lalu.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Nordin Hassan, Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dengan disertai oleh para penduduk di sekitar kawasan tersebut khususnya para belia.

Majlis anjuran bersama Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya dan Pejabat Belia dan Sukan kawasan Putrajaya telah diisi dengan acara mengerjakan solat Maghrib, bacaan Yassin dan solat Isyak berjemaah selain jamuan dan sembang-sembang bersama belia.