Berita

Pembesaran Surau Al-Falah Untuk Keselasaan Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa melakukan tinjauan ke tapak perancangan pembesaran Surau Al-Falah, Fasa 3, Presint 9 yang diiringi oleh
Ahli Jawatankuasa surau terbabit pada Sabtu (21 April 2012).

Surau tersebut telah mendapat sumbangan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berjumlah RM600,000 bagi melakukan pengubahsuaian dan membesarkannya.

Dalam kunjungan tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan telah membincangkan kaedah bagi melaksanakan perancangan untuk membesarkannya.

“Saya memohon agar jawatankuasa surau Al-Falah ini melakukan tinjauan dan mengaplikasikan bagaimana pembesaran surau Ar-Rahman di Presint 16 dan berharap agar ia digunapakai bagi projek terbabit,” katanya.

Untuk pelaksanaannya, pihak jawatankuasa masih menunggu kelulusan daripada Jabatan Hartanah di JPM bagi projek pembesarannya.

Dalam hal berkaitan, surau yang juga telah mendapat peruntukan bagi pembesaran dan pengubahsuaian ialah Surau Muhajirin di Presint 9 yang telah mempunyai dana berjumlah RM500,000 hasil kutipan dan sumbangan orang ramai termasuklah qariahnya.