Ucapan

Tahniah BN, Terima Kasih Realitikan Perkhidmatan Kelas Satu Dengan Bayaran Kelas Tiga di Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia.

Saya selaku Ahli Parlimen Putrajaya mewakili para penduduk tempatan mengucapkan sepenuh kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan tertinggi yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana atas kepimpinan beliau Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Kelas Satu pada bayaran Kelas Tiga direalitikan di Hospital Putrajaya, di Presint 8.

Alhamdulillah, dengan bayaran serendah RM3 rakyat akan dapat menikmati layanan dan perkhidmatan yang setaraf dengan kemudahan Wad Kelas Satu.

Sememangnya kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat sebagaimana Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan ini adalah antara inisiatif BN yang sentiasa menepati janji untuk membela rakyat.

Justeru, atas keprihatinan kerajaan maka tentunya sokongan padu rakyat akan diberikan termasuklah memastikan Strategi Lautan Biru yang diterapkan dalam semua agensi.

Realiti BN tetap mendapat sokongan rakyat, kata dikota dan janji ditepati

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen/Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
20 April 2012