Berita

Jangan Terpedaya Dakyah Pas Kelirukan Akidah Umat Islam

PUTRAJAYA – Rakyat perlu menolak dakyah pembangkang khususnya Pas yang menggunakan Islam sebagai topeng dalam politik khususnya untuk mengelirukan pandangan masyarakat bagi membenci kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa hanya BN dan UMNO sahaja yang telah terbukti dapat memastikan kesejahteraan rakyat dengan pembangunan negara berterusan.

“Selama 66 tahun UMNO telah berjuang mempertahankan kepentingan bangsa Melayu, agama Islam dan kesejahteraan berpanjangan negara kita lantas bersama-sama memerdekakan negara sehingga Malaysia dikenali seperti hari ini, justeru janganlah kita mudah terpedaya dengan tohmahan pembangkang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah merasmikan kursus penyembelihan yang diadakan di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra hari ini.