Aktiviti & Komuniti

Aktiviti Cawangan Bunga Santalia Rapatkan Ukhwah Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Bunga Santalia bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan menganjurkan gerak kerja gotong-royong dan kerjasama sepakat dalam melaksanakan program untuk merapatkan ukhwah di kalangan anggotanya.

Aktiviti memasak dodol dengan semangat tolong-menolong serta acara permainan tradisional ini telah diadakan pada 13 Mei 2012 yang disertai oleh ahli-ahli UMNO cawangan terbabit bersama-sama anggota masyarakat tempatan.

 

Ketua cawangannya, Kamarul Zaman Basri mengharapkan agar aktiviti sedemikian akan dapat menyemai tradisi kekitaan dalam suasana kehidupan hari ini.