Berita

Bomba Bersama Masyarakat

PUTRAJAYA – Program Bomba Bersama Masyarakat Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dijalankan dengan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini (17 Mei).

Dalam ucapannya, Tengku Adnan memberitahu bahawa beliau dan rakyat tempatan amat menghargai jasa dan khidmat yang telah dilakukan oleh para anggota bomba khususnya dalam melaksanakan operasi keselamatan dan kesejahteraan warga Putrajaya.

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Siantan, Putrajaya dengan turut dihadiri oleh para anggota bomba serta pemimpin masyarakat tempatan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.