Aktiviti & KomunitiBerita

Syukuri 66 Tahun UMNO Payungi Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian tempatan telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin bersempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti terbesar orang Melayu ini. 

Majlis kesyukuran tersebut telah dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yassin, tahlil serta doa kesyukuran sebelum solat isyak, dengan penuh kesederhanaan dan meriah di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, Presint 15, malam tadi, 17 Mei.
Majlis tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO bahagian Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama ahli jawatankuasa UMNO bahagian dan lebih 100 orang ahli-ahlinya.