Berita

Juara Rakyat Jadi Aspirasi Masyarakat Di Barisan Hadapan

PUTRAJAYA – Semangat Juara Rakyat yang mula menular ke seluruh pelusuk tanah air turut meresap ke penduduk tempatan di Putrajaya apabila Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyempurnakan perasmiannya Sabtu (19 Mei) bagi penduduk di Fasa 1 dan 2 Jalan P9G, di sini.

Dengan kehadiran masyarakat sekitar yang ceria dan bersemangat menjayakan progran tersebut telah menjadi bukti bahawa suara UMNO bersama Barisan Nasional (BN) tetap dihargai apatah lagi sebagai alternatif rakyat meluahkan rasa hati dan mengadu untung nasib atas keperitan dan kepayahan mengharungi kehidupan.

Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa rakyat tempatan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib merialisasikan perubahan malahan ia dibuat dengan langkah segera kerana ia memberi kesan kepada masyarakat khususnya.

Juara Rakyat telah menjadi landasan untuk merintis laluan ke seluruh negara agar aspirasi untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat dapat direalitikan.

Dengan kata lain, menerusi program ini meletakkan rakyat sentiasa berada di tempat utama dalam pembelaan dan perjuangan.