Rencana

Walimatul Urus Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Sebagaimana rencam apabila tibanya musim cuti persekolahan maka ia akan dimanfaatkan sebagai masa sesuai untuk majlis walimatul urus termasuklah para penduduk Putrajaya.

Atas tanggungjawab sebagai ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama merai dan memeriahkan majlis perkahwinan para penduduk di sekitar kawasan tersebut 26 dan 27 Mei 2012.

Antaranya, beliau telah berkunjung ke Presint 18 bagi meraikan majlis perkahwinan anak En. Mansor dan kemudiannya anak Puan Rusnah sebelum bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak kepada Pengetua Sek. Men Alam Shah, En Rosidi.

Beliau juga telah berkunjung ke Dewan Presint 8 bagi bersama-sama memeriahkan perkahwinan anak Min Zahar.