Rencana

Dekati Rakyat Dengan Semai Kemesraan & Fahami Permasalahan

PUTRAJAYA – Kesempatan turun padang dan berjumpa dengan masyarakat tempatan telah digunakan sebagai peluang oleh Ahli Parlimen tempatan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor termasuklah bertanya khabar kepada para penduduk dan anak-anak mereka yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Antaranya beliau telah beramah mesra dengan anak pengundi di Putrajaya yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Bota dalam jurusan Statistik yang ditemuinya dalam majlis perkahwinan warga Putrajaya hari ini, Ahad (3 Jun 2012).

Peluang tersebut telah dimanifestasikan oleh beliau untuk berkenalan dan mengetahui lebuh lanjut berkaitan kehidupan semasa golongan muda khususnya pelajar-pelajar di IPT.