Rencana

Raikan Majlis Perkahwinan Anak Ustaz Salleh

PUTRAJAYA – Selaku wakil rakyat yang bertanggungjawab, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan penduduk tempatan iaitu anak Ustaz Salleh yang juga Imam Masjid Putra, hari ini, Ahad (3 Jun 2012).

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Presint 16 berlangsung meriah dengan kehadiran para tetamu yang juga sanak saudara dan para penduduk sekitar kawasan terbabit.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Manaf dan Ustaz Fazillah.