Rencana

Pasangan Pengantin Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bersama-sama seluruh ahli jawatankuasa dan warga UMNO tempatan mengucapkan tahniah dan turut sama-sama gembira dalam meraikan beberapa majlis perkahwinan yang melibatkan warga dan para pengundi di sekitar ini.

Sebagaimana cuti hujung minggu yang bertepatan dengan cuti persekolahan telah digunakan untuk majlis perkahwinan bagi mengumpulkan sanak-saudara jauh dan dekat di samping dimeriahkan dengan kehadiran para penduduk dan jiran tetangga bagi meraikan pasangan pengantin baru Farah Nabila dengan Ahmad Ihsan dan juga pasangan Mohd Siddiq dan Nurul yang melangsungkan persandingan pada Ahad, 10 Jun 2012.

Sebelum itu, pada Sabtu, 9 Jun 2012, pasangan Iktiaruddin dengan Nuramalina, Mohd Fuad dengan Shahirah dan Mohd Firdaus dengan Norhayati telah berlangsung meriah.

Semoga semua pasangan terbabit dikurniakan kebahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat.