Prihatin Membantu Pada Mereka Yang Memerlukan
PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin yang mampu menyelami permasalahan rakyat amat dihargai apatah lagi ketika masyarakat yang menjadi warga Parlimen tersebut diberikan perhatian atas kesulitan hidup yang telah dilalui sebagaimana individu yang telah menjadi mangsa kebakaran.
Lantaran itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan sumbangannya kepada mereka yang terlibat serta bersimpati atas kesusahan yang telah dialami.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Siantan, En Rustam mewakili Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 11, hari ini, 10 Jun 2012.