Berita

Sokongan Parlimen Putrajaya Pada Hari Belia 2012 Dihargai

PUTRAJAYA – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya bertemakan ‘Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ anjuran Kementerian Belia dan Sukan amat memberangsangkan dan memberi petunjuk positif kea rah generasi masa hadapan.

Lantaran itu, kementerian terbabit amat menghargai penglibatan dan sokongan semua pihak yang turut sama bertungkus-lumus dalam menjayakan program bersempena Hari Belia khususnya Parlimen Putrajaya yang menjadi tempat bagi acara tersebut berlangsung.

Sebagai tanda kenangan, kakitangan kementerian terbabit telah berkunjung ke Pejabat Parlimen Putrajaya di Presint 15 dan menyerahkan gambar sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 kepada ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor pada 15 Jun 2012.