Rencana

Majlis Dialog Eratkan Jurang Antara Pemimpin Dan Masyarakat

PUTRAJAYA – Satu Majlis Dialog membabitkan Persatuan Penduduk Presint 18C, Putrajaya telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Khairuddin Samad pada 23 Jun 2012 (Sabtu).

Dengan penganjuran majlis sedemikian, pelbagai masalah penduduk tempatan dapat disalurkan terus ke peringkat atasan untuk tindakan segera di samping penjelasan lanjut dapat diberikan kepada para penduduk.