Aktiviti & Komuniti

Sematkan Disiplin Dan Ketrampilan Melalui Pandu Puteri

PUTRAJAYA – Isteri kepada ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki telah merasmikan Majlis Penutup Pandu Putri Peringkat Putrajaya di Sekolah Kebangsaan 11(3) paada 24 Jun (Ahad) lalu.

Beliau menegaskan dengan Pandu Puteriyang mempunyai cogan kata ‘SELALU SEDIA” menunjukkan bahawa remaja ini sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini perlu sentiasa dipegang oleh seseorang Pandu Puteri Remaja agar ia sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan negara khususnya.