Rencana

Pembinaan Tambahan Surau Al-Falah Disegerakan

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bagi merialisasikan kesejahteraan dan keselesaan para penduduk terserlah sebagaimana hasrat untuk mempercepatkan usaha pembinaan tambahan Surau Al-Falah, Fasa 3, Presint 9.

Untuk memastikan perancangan berlangsung lancar, mesyuarat telah diadakan pada Selasa (17 Julai) dengan melibatkan pelbagai pihak terbabit khususnya para pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR), dari pihak hartanah, dari pejabat Ahli Parlimen tempatan dan juga Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah. Hasilnya, kerja-kerja pembinaan surau tambahan tersebut akan disegerakan untuk kepentingan bersama.