Berita

Ketua Cawangan Diminta Lancarkan Gerak Kerja UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dalam mesyuarat bersama ketua-ketua cawangan telah berpesan agar terus melaksanakan gerak kerja bagi meningkatkan kekukuhan parti dalam melaksanakan perkhidmatan dan perjuangan kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat bahagian UMNO Putrajaya bersama semua ketua-ketua cawangan yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian tersebut pada 17 Julai.