Ucapan

Terima Kasih Jayakan Maidatul Rahman, Salam Aidilfitri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana sepanjang Ramadhan yang akan sampai ke penghujungnya minggu ini, kita dapat bersama-sama mengerjakan ibadah tersebut dalam suasana aman, sejahtera dan kesihatan yang sempurna.

Saya juga amat berterima kasih kepada para penduduk Putrajaya dan para pengunjung yang telah menjayakan Program Maidatul Rahman sehinggakan saban hari sejak 1 Ramadhan hinggalah ke 23 Ramadhan, Medan Selera Presint 8 yang menjadi lokasi ia diadakan sentiasa meriah dan dibanjiri dengan orang ramai.

Justeru, dalam kesempatan bersempena kedatangan Syawal ini, saya bagi pihak keluarga saya memohon maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap yang dilakukan.

Jadikanlah hari kemenangan ini sebagai tekad untuk memperkuat azam dan perjuangan demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta.

Selamat Hari Raya

 

Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya