Berita

Utamakan Keselamatan Di Musim Perayaan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat tempatan khususnya yang akan meninggalkan rumah masing-masing untuk berhari raya di kampung halaman agar mengutamakan keselamatan dalam pemanduan dan memastikan kediaman yang ditinggalkan berkunci rapi.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Jom Balik Raya’ yang berlangsung di Stesen Petronas, Presint 9A dan Presint 9D Putrajaya pada 15 Ogos 2012 (Rabu).

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid.