Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat Perwakilan UMNO Putrajaya 2012 Dan Jamuan Aidilfitri

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya akan mengadakan persidangannya pada 1 September 2012 dengan majlis perasmian akan disempurnakan oleh Presiden parti merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Komuniti Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Sejurus berakhirnya persidangan tersebut, Majlis Jamuan Aidilfitri diadakan bermula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 3.00 petang. Semua penduduk tempatan dialu-alukan untuk memeriahkan majlis tersebut.