Aktiviti & KomunitiBerita

Jamuan Aidilfitri UMNO Putrajaya Meriah

PUTRAJAYA – Rumah Terbuka UMNO Bahagian Putrajaya berlangsung meriah apabila diadakan sejurus Persidangan Perwakilan UMNO bahagian tersebut tamat bermesyuarat pada pukul 12.30 tengahari dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama dengan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis jamuan tersebut berlangsung pada di Kompleks Kejiranan Presint 11, pada 1 September 2012 (Sabtu) dengan turut dihadiri oleh anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya dan ahli-ahli selain penduduk tempatan yang sama-sama meraikannya.

Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah golongan orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang tidak bernasib baik.