Aktiviti & Komuniti

Majlis Rumah Terbuka Eratkan Hubungan Silaturrahim

PUTRAJAYA – Kemeriahan Syawal masih dirasai dengan sambutan rumah terbuka yang diadakan bukan saja dapat mengeratkan hubungan silarurrahim dalam masyarakat tetapi juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kesejahteraan dan keamanan yang dilimpahkan-Nya.

Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkunjung memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kariah Fasa 7, anjuran Surau Al-Islah yang diadakan pada 8 September lalu.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Persatuan Penduduk Fasa 7 dan Rukun Tetangga Fasa 7 ini turut disertai oleh isteri  Ahli Parlimen tersebut, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki dan para penduduk setempat.