Sertai Bulan Sukan Parlimen Putrajaya 2012
PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya akan menganjurkan ‘Bulan Sukan’ tahunannya bermula Otober hinggalah Disember ini dengan siri liga lima acara akan dipertandingkan melibatkan Liga Bola Sepak antara cawangan bagi merebut Piala Tengku Adnan selain futsal, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.
Antara tujuan utama acara tersebut diadakan adalah untuk merapatkan hubungan dalam komuniti masyarakat di Putrajaya selain dapat bertemu dan beramah mesra dalam suasana harmoni dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Acara sukan tersebut akan berlangsung secara liga dengan kemuncaknya akan diadakan dalam sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya 2012 nanti.
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan selain hadiah utama membabitkan piala pusingan dan wang tunai akan diberikan.
Sehubungan itu, semua masyarakat tempatan dan penduduk Putrajaya khususnya golongan muda dijemput untuk turut serta dalam ‘Bulan Sukan Putrajaya 2012’ dengan mengambil bahagian dan menghantar borang permohonan kepada urus setia bertugas.
Borang permohonan berkaitan ‘Bulan Sukan Putrajaya 2012’ boleh didapati di:
Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya
Tingkat 1, No 56B, Jalan Diplomatik
Presint 15
62250 Putrajaya
Atau Hubungi: En. Azizi Alias – 03 88886763