Aktiviti & Komuniti

Santai Dekati Belia Muda Putrajaya

PUTRAJAYA – Golongan belia adalah pewaris negara yang akan menjadi peneraju dalam kepimpinan dan merealisasikan impian bagi terus membawa kecermerlangan kepada agama, bangsa dan negara, kata Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang mengadakan pertemuan santai dengan golongan muda di Medan Selera Presint 9 mengambil pendekatan turun padang dan menyelami permasalahan mereka dalam usaha memastikan setiap generasi memahami agenda kerajaan.

Katanya, generasi muda perlu memahami aspirasi kerajaan selaras dengan impian masa depan dalam memacu negara sebagai sebuah negara membangun dengan setiap generasi tahu matlamat dan hala tuju mereka.