Aktiviti & KomunitiBerita

Sertai Majlis Berkhatan Beramai-ramai

PUTRAJAYA – Menjelangnya musim cuti persekolah, para penduduk tempatan yang mempunyai anak-anak lelaki dijemput untuk menyertai Majlis Berkhatan Beramai-ramai yang akan berlangsung pada 10 November ini di Dewan Kejiranan Presint 11, di sini.

Tarikh Tutup penyertaan untuk acara yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya ini ialah pada 31 Oktober ini.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta dan bersama-sama memeriahkan majlis tersebut atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-8888 6763