Aktiviti & Komuniti

Program Sembang Mesra Belia Putrajaya Jadi Agenda Akrabkan Hubungan

PUTRAJAYA – Program Sembang Mesra Belia Parlimen Putrajaya telah diadakan pada 13 Oktober lalu (Sabtu) bertempat di Presint 18 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan kawasan Putrajaya dan Majlis Belia kawasan terbabit.

Program tersebut dimulakan dengan aktiviti kesukanan iaitu permainan sepak takraw dijalankan pada sebelah pagi dan menyusul untuk sebelah petang ialah sesi bual bicara dan acara sembang mesra melibatkan para penduduk dan belia kawasan tersebut.

Turut hadir bersama-sama menjayakan program tersebut ialah Datuk Khairudin Samad selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.