Berita

Kenduri Rakyat Tanda Muafakat Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Majlis Korban dan Kenduri Rakyat Sempena Aidiladha yang berlangsung lancar membuktikan bahawa warga tempatan sentiasa muafakat dalam melaksanakan agenda khususnya sebagai tanda kesyukuran atas rahmat dan kesejahteraan yang dinikmati.

Program anjuran UMNO Bahagian Putrajaya berlangsung di kawasan tempat letak kereta Presint 16 pada 26 Oktober (Jumaat) dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuklah ketuanya merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.