Terima Kasih Jayakan Aidiladha & Kenduri Rakyat
Asslamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran atas limpah dan kurnia-Nya sehingga kita dapat menyempurnakan agenda bersama dalam sambutan Aidiladha melalui Ibadah Korban dan Program Kenduri Rakyat dengan suasana harmoni dan sepakat.
Dengan perancangan rapi dan semangat kerjasama yang tinggi, maka kita semua dapat menjayakan program yang telah menjadi amalan saban tahun di bahagian ini.
Di samping kita dapat menunaikan ibadah, penganjuran program kenduri rakyat dan upacara korban ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat di sini.
Inilah yang dinamakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan dengan kelancaran yang berlangsung maka 46 ekor lembu korban dapat dilunaskan dan diagihkan kepada para penduduk tempatan.
Semoga dengan apa yang berlangsung hari ini maka kita akan lebih mensyukuri nikmat yang kita kecapi dan bersama-sama berusaha untuk mengekalkan kelestarian kawasan kita.
Datuk Seri Utama Tengku Adna Tengku Mansor
Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Putrajaya