Selami Golongan Muda Melalui Program Sembang Mesra Belia
PUTRAJAYA – Pendekatan menjalinkan hubungan dan menyelami permasalahan masyarakat khususnya golongan muda bukan saja dapat merapatkan silaturrahim tetapi dalam masa yang sama menyemai perpaduan antara semua peringkat serta menyelami permasalahan mereka.
Alternatif tersebut telah diaplikasikan melalui Program Sembang Mesra Belia Parlimen Putrajaya (Siri 2) yang diadakan di Dewan BPH P5R6 Presint 5 pada 31 Okt. 2012 (Rabu).
Program tersebut adalah lanjutan daripada kejayaan siri 1 dengan perasmiannnya disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad.