Ucapan

Teks Ucapan Program Penghayatan Islam


PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM
1 NOVEMBER 2012 (KHAMIS)
8.30 MALAM
SURAU AL KAUTHAR, PRESINT 18R13
PRESINT 18, PUTRAJAYA

Bismillahirrahmaanirrahim ,

Terima KasihSaudara Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia Pengerusi Surau,Saudara Jamaludin Bin Alis,
Yang Dihormati Ahli Jawatan Kuasa Surau,
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh,
Salam Perpaduandan Salam 1Malaysia.

2. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT, atas limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapat kita berkesempatan untuk bersama-sama hadir dalam Program Penghayatan Islam pada malam ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur di atas kesudian menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor Ahli Parlimen Putrajaya bagi menyampaikan ucaptama serta merasmikan program ini. Yang Berhormat Datuk Seri Utama juga memohon maaf serta menyampaikan salam ‘ASSALAMUALAIKUM’ kerana beliau tidak dapat hadir pada majlis ilmu malam ini disebabkan ada tugasan lain yang tidak dapat dielakkan. Saya diminta untuk mewakili beliau ke majlis ini dan diminta untuk membaca teks ucapan beliau.

3. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa surau Al Kauthar serta warga Presint 18R13 kerana berjaya menganjurkan Program Penghayatan Islam. Program seperti ini sudah tentu dapat meningkatkan pengetahuan anak-anak kita dalam ilmu keagamaan. Selain itu, melalui program ini kita dapat merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan masyarakat setempat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Pendididkan anak-anak terutamanya dalam bidang agama adalah dituntut oleh Islam. Justeru itu, kerajaan amat memberi perhatian dalam menaikkan taraf pendidikanan ak-anak kita. Melalui Bajet 2013, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar untuk sektor pendidikan dimana peruntukan RM100 juta diberikan kepada pembangunan sekolah agama kerajaan dans ekolah agama rakyat. Kalau dahulu sekolah agama terutamanya sekolah agama rakyat dinegeri-negeri tertentu tidak diuruskan dengan sempurna tetapi perkara ini telah dijadikan keutamaan kerajaan.

5. Kesungguhan kerajaan kita bukan setakat memberikan tumpuan terhadap pembangunan sektor pendidikan tetapi bantuan persekolahan untuk setiap anak tidak diabaikan oleh kerajaan. Setiap anak yang belajar disekolah rendah hinggalah keperingkat universiti diberikan bantuan samaada bantuan kewangan atau baucer buku. Pelbagai bantuan yang diberikan ini adalah untuk memastikan anak-anak kita dapat maju dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang dihormatisekalian,

6. Usaha tuan-tuan pada hari ini tentunya selaras dengan hasrat falsafahPendidikan Negara yang memberi penekanan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui pertandingan bercerita, hafazan, tilawah, azan dan kursus pengurusan jenazah tentunya dapat melahirkan anak-anak yang berilmu, berketerampilan, pintar dan memiliki pengetahuan Islam yang mendalam. Selaku wakil rakyat Parlimen Putrajaya, saya sentiasa menyokong kearah pembangunan Pendidikan dan Pembangunan Islam. Banyak bantuan telah disalurkan samaada dalam bidang pendidikan anak-anak atau penganjuran program keislaman oleh warga Putrajaya. Sokongan saya terhadap program yang baik anjuran warga Putrajaya sentiasa berterusan bagi memastikan kita sentiasa
bergerak maju kearah pencapaian Negara maju pada tahun 2020.

7. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada malam ini, saya berharap program yang dirancangkan ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan.

8. Denganlafaz “BISMILLAHI RAHMAANI RAHIM” saya merasmikan Program Penghayatan Islam anjuranKariah Surau Al-Kauthar pada kali ini.

Sekian, WabillahiTaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.