Aktiviti & Komuniti

PDM Bergiat Aktif Menjelang PRU

PUTRAJAYA – Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Warisan sentiasa bergerak aktif dalam majlis-majlis kemasyarakatan termasuklah mengadakan majlis kenduri dalam meraikan para petugas ibadah korban yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Rumah Komuniti Presint 16 turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad dan para penduduk tempatan.