Berita

Putrajaya Jadi Tumpuan Delegasi Luar

PUTRAJAYA – UMNO bahagian tempatan menerima kunjungan tetamu parti dari negara luar iaitu The Wiper Democratic Movement Kenya, Nigerien Party For Democracy and Socialism, Niger dan Moro Islamic Liberation Front (MILF) Filipina yang berada di Ibu Negara dalam rangka lawatan dan memahami struktur organisasi UMNO.

Ketibaan delegasi terbabit telah disambut oleh Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad yang turut memberikan penerangan berkaitan perjalanan dan pentadbiran UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen tempatan.

Anggota delegasi juga turut dibawa melawat sekitar kawasan Putrajaya dan tempat-tempat menarik selain menyaksikan sendiri pembangunan dan kemajuan bandar yang termoden di negara ini.