Berita

PDM Putrajaya Sepakat Sambut Hari Assura Serentak

PUTRAJAYA – Hari Assura yang berlangsung pada 10 Muharram disambut awal sehari dengan cuti hujung minggu menjadi alternatif kepada masyarakat tempatan dengan mengaplikasikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bergerak serentak melaksanakan gotong-royong membuat bubur assura pada 9 Disember 2012.

Terbukti, PDM bukan hanya bergerak aktif menjelang pilihan raya tetapi ia juga berlangsung dengan aktiviti kemasyarakatan yang bersemarak dengan anggota di dalamnya bersama-sama dalam muafakat meraikan antara hari bersejarah dalam Islam.

Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut bersama-sama meraikan sambutan Hari Assura bersama masyarakat tempatan.