Berita

PDM Putrajaya Berentap Dalam Acara Sukan

PUTRAJAYA – Pusat Daerah Mengundi (PDM) tempatan yang melibatkan PDM Puncak Puteri, PDM Taman Warisan, PDM Taman Saujana Hijau dan PDM Metropolitan berentap dalam acaran sukan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar dan ping pong sempena Karnival Sukan Parlimen Putrajaya.

Majlis Perasmian Sukan Parlimen Putrajaya ini disempurnakan oleh Datuk Khairudin Samad selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang bertempat di Stadium Pancarona, Presint 18 pada Sabtu (15 Disember 2012).

Kemuncak bagi acara tersebut adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang yang akan dilakukan pada sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya yang dijangka diadakan pada Februari hadapan.

Dengan pelaksanaan acara sedemikian, para peserta yang terdiri dari penduduk tempatan bukan sahaja dapat bergiat aktif dalam acara sukan tetapi secara tidak langsung akan dapat menjana permuafakatan dan kesatuan dalam masyarakat.