Aktiviti & Komuniti

Jentera UMNO Sepakat Perkukuh Perjuangan Pertahan Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO khususnya anggota jentera parti terbabit sepakat untuk terus memperteguh semangat perjuangan dan memperkukuh benteng bagi mempertahankan Putrajaya dalam perang besar akan dating iaitu pilihan raya umum ke-13.

Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah bermesyuarat bersama ketua-ketua cawangan UMNO bahagian terbabit bersama anggota Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dilaksanakan dengan berkesan.

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya pada 29 Dis (Sabtu) berlangsung lancer dengan setiap anggota saling bertukar-tukar pandangan dan menyelesaikan setiap kerumitan yang ada.