Aktiviti & Komuniti

Tahun Baru 2013 Dirai Dengan Penuh Kesyukuran

PUTRAJAYA – Kedatangan tahun baru 2013 disambut dengan penuh kesyukuran dalam Program Bacaan Yassin dan doa selamat yang berlangsung di Fasa 4F, Putra Court, Presint 9 pada 1 Januari 2013 (Selasa).

Majlis ini berlangsung dalam suasana harmoni dengan kehadiran para penduduk tempatan yang bersama-sama menunaikan solat berjemaah fardu Maghrib yang kemudiannya disusuli oleh bacaan surah Yassin dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran atas rahma-Nya.