Aktiviti & Komuniti

Program Kemasyarakat Sentiasa Disokong, Semai Keprihatinan

PUTRAJAYA – Program kemasyarakatan sentiasa mendapat sokongan bukan saja dari wakil rakyat tempatan tetapi juga kerajaan yang percaya ia dapat menyumbang kepada negara yang sejahtera dan terus maju.

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah melakukan tinjauan pada Ahad, 13 Jan 2012 bagi memastikan program Majlis Komuniti Sejiran Bersama NTV7 yang dirancang di Surau Putra Al-Amin, Fasa 4C Presint 8 berlangsung dengan lancar.

Dalam tinjauan terbabit, beliau telah berkesempatan beramah mesra dengan para penduduk dan turut menyelami kecekalan seorang ibu dalam membesarkan anaknya yang cacat dan terpaksa berkerusi roda.