Aktiviti & Komuniti

Jentera Penerangan Perkemas Gerak Kerja Untuk PRU 13

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO adalah jentera terkuat parti dalam memastikan kawasan terbabit terus dipertahan dan gagal ditembusi oleh pakatan pembangkang lantas mesyuarat melibatkan ketua-ketua cawangan dilakukan agar info dan pelbagai maklumat parti dapat disalurkan dengan berkesan ke akar umbi.

Mesyuarat yang turut disertai oleh Ketua Penerangan Bahagian ini telah dipengerusikan oleh Datuk Nordin Hassan selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya di pejabat UMNO bahagian terbabit pada 11 Januari 2013 (Jumaat).