Aktiviti & Komuniti

Green Kit Projek I-Laman Dapur Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Majlis Penerangan Penggunaan Green Kit Projek I-Laman Dapur Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Putrajaya telah diadakan pada 13 Jan 2013 (Ahad), yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norihan Ali selaku Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Putrajaya.

Kerjasama penganjuran majlis tersebut turut dilakukan bersama Jawatankuasa Fasa 7 Blok D dan kerjasama KRT P16, KRT P9B, KRT P9D, KRT 8E, KRT FASA 4C, KRT FASA 4B(3), KRT 8B.