Berita

Calon PRU Parlimen Putrajaya Diumum Oleh Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Barisan Nasional akan mengekalkan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO yang juga Presiden Barisan Nasional merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri Majlis Perayaan Jubli Emas Sekolah Sultan Alam Shah dengan para penduduk Putrajaya pada 7 Feb 2013.

Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.