Ucapan

Bersyukurlah, BN Semai Kesejahteraan, Bawa Kemajuan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersyukur dan berbangga dengan kesejahteraan dan kemajuan negara selama lebih 55 tahun merdeka, dan sebagai wakil rakyat saya amat berharap agar kesyukuran ini dikongsi bersama masyarakat pelbagai kaum di seluruh negara.

Keamanan dan keharmonian negara memberi peluang kepada rakyat keseluruhnnya untuk memilih dan menjalani apa sahaja aktiviti harian dengan bebas sama ada bekerja, berjalan dan duduk bersama rakan-rakan. Malah, pagi ini saya berkesempatan duduk secara santai bersama Imam Muda Masjid Negara dan Imam Muda Surau Al-Mizan Presint, 8 dengan suasana mesra tanpa rasa gelisah atau sebarang bahaya sebagaimana yang dihadapi oleh segelintir negara bergolak.

Dalam kesempatan ini, saya memahami bahawa kami adalah dari latar generasi berbeza tetapi dengan keterbukaan dan persefahaman yang ada maka kami boleh duduk semeja dan menikmati hidangan tanpa ada sebarang prasangka. Inilah antara nikmat yang dapat dikecapi lantaran keamanan dalam negara yang dipelopori oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Sewajarnya, rasa syukur dan penghargaan ini diterjemahkan dengan perbuatan sebagaimana tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi dan menentukan kesinambungan pembangunan untuk realiti transformasi negara. Barisan Nasional telah menterjemah apa yang diinginkan oleh rakyat, segala janji ditepati dan kata-kata yang diluah menjadi agenda untuk dimanfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

BN, Kata Dikota, Janji Dilaksana

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Putrajaya